Wednesday, June 6, 2012

Demo @ Penunjuk Ajar



Officially, aku dah start jadi demonstrator a.k.a penunjuk ajar sambilan kepada student Arus Perdana a.k.a bebudak asasi sains sejak dua minggu yang lalu. Kenapa ntah kali ni, aku lebih bersikap 'serius' dalam hal2 pengajaran, berbanding dulu rasa macam aku memperkotak katikkan bebudak lepasan SPM ni..hahaha..Sangat tidak berjiwa demonstrator dikala itu. Dulu, aku pernah jadi demo kat Fac. Biotech dan Fac. Sc.Mungkin dulu sebab TIDAK BERBAYAR, so aku pun sambil lewa, nak xnak ajar diorang.


So, sekarang dah jadi demonstrator BERBAYAR perlu la aku berikan full commitment kat kelas aku pas ni. Semester ni aku ajar 2 kelas, K4 (46 org) and K11(44org) setiap hari Selasa dan Rabu alternate weeks. Satu kelas amali 3jam.1 jam = RM50 sangat berbaloi dan munasabah bagi aku yang belum ada alternative lain mencari sumber kewangan selain menunggu thesis dicheck oleh supervisor. Kelas pun sebulan 4 kali = RM600.Sapa nak bagi kan, celoteh bebel2 sket2, conteng2 kat whiteboard sket, kelas 4x je sebulan.Hujung bulan dah dapat wang saku tambahan (itupun kalau staff kewangan xsorok fail dalam laci)


Banyak masa aku just main dengan Faheem melihat dia membesar depan mata, gelak cam xingat dunia, menari ala2 monyet depan dia, tarik rambut, cakar badan aku memang dah sebati dah dengan dia.Tido je nak kene peluk, pantang aku alih tangan, gerak perlahan2 slow motion turun katil pun dia boleh sedar.Alahai Faheem.Faheem sgt aggresif sekarang ni. Kalau aku biar tgk tv, lama sket dah boring,lepas 2 buat muka kesian minta dukung.Kalau dah dukung, kemain menggelinjat budak montel ni.Tapi ni je la peluang yang aku ada jaga Faheem sebelum aku dah start kerja nanti.Sila jangan mengeluh young mother!!


Berbalik pada menjadi demonstrator tadi, kali ni aku tampak lebih bersemangat setiap kali kelas (sebab first experiment, 2nd exp mesti cam dah malas2 sket..hehehe). Kelas pertama aku dtg seawal pukul 9 pgi kot, padahal kelas start kol 2ptg. Sebenarnya, aku dtg awal nak tgk cara pengajaran sifu a.k.a orang pengalaman  mengajar amali.Contohi beliau kononnya (Padahal aku xsempat nak baca pun lab manual..hehehe). Tapi ada juga baca seimbas lalu.Dah tengok praktikal, lagi lebih faham..hehehe


Overall, best juga la ajar budak2 yang masih suci hijau ni.Ikot je apa yang kita suruh.Kalau aku kata A, A la jawabnya. Kalau aku nak nipu pun, diorang percaya je..Kahkahkahkah..Tapi yang best time nak perkenalkan diri...Today I'm going to be your demonstrator...bla bla..and I'm Madam EFliza....bla..bla..sume cam ternganga je..xpercaya aku dah kawen.Nampak betol aku macam budak2 sekolah lagi (sangat perasan hokeh!!).




lab manual inorganic chemistry
 

bismillah...marking paper!!



2 kelas je pun..no big deal!!
tapi bile baca..sakit mata aku!!



p/s reduce stage fright @ parkinson. Persediaan for viva!!




No comments:

Post a Comment