Sekadar renungan bersama...
Isnin..
Puasa bersama daddy cool.
Sahur
berbekalkan 3 biji kurma dengan niat setiap satu...
kurma 1 dan segelas air...
"Moga dengan sebiji kurma dan segelas air ini dapt menghasilkan susuku pada waktu PAGI buat Faheem"
kurma 2 dan segelas air...
"Moga dengan sebiji kurma dan segelas air ini dapt menghasilkan susuku pada waktu TENGAHARI buat Faheem"
kurma 3 dan segelas air masak..
"Moga dengan sebiji kurma dan segelas air ini dapt menghasilkan susuku pada waktu PETANG buat Faheem"
.....
.....
.....
ALHAMDULILLAH..walau aku berpuasa, perahan susu ku tetap di tahap yang sama seperti aku TIDAK berpuasa...Tuhan itu maha ADIL kepada hamba-hambanya..Jangan cepat mengeluh dan berputus asa!!
....aku bukan lah insan dipilih oleh Allah s.w.t untuk memiliki susu yang banyak sehingga boleh mengumpul stock yang sampai 10-20 botol sehari buat si kecil. Kadang-kadang terlintas juga di fikiran dan kadang juga aku mengeluh keseorangan kerana tidak dapat memberikan yang terbaik buat anakanda faheem seperti ibu-ibu lain...exclusively breastfeeding for her baby...Jauh di sudut hati ini memang tiada keinginan memberikan susu FM di awal usia (sebulan je dpt fully BF)..tapi apa kan daya, walau setitis pun susu yang mengalir, aku tetap kumpul buat anakanda faheem..pelbagai usaha aku cuba...shaklee..horlick..kurma...air masak bergelen-gelen..tapi paling maxima dapat kumpul hanya 1-2 botol...bersyukur kerana masih ada walau sedikit buat faheem sehingga 4 bulan ni..Alhamdulillah..faheem sihat membesar dengan jayanya...aku sentiasa bersyukur pada-Nya...
"dear anakanda Faheem, wlaupun bonda xdapat bg fully BF pada faheem, bonda akan pastikan Faheem sentiasa sihat dan sempurna . Biar lah apa org nak kata...yg penting ayanhanda n bonda akan sentiasa jaga dan berdoa agar Faheem menjadi anak yg SOLEH DAN BIJAKSANA....seperti lagu yang bonda slalu nyanyikan utk Faheem...
"Faith Faheem Bin Mohd Fikri....Anak yang SOLEH, anak yang BIJAKSANA..."
info: mak cakap aku pun minom susu FM SEHARI lepas aku lahir.sebab mak kat hospital kene tahan 2 minggu sebab jahitan luka kat perot terbuka..kesian mak..terima kasih mak sebb lahirkan aku walau ikut tingkap!!..
p/s tetiba mood sensitive lak....adehhh...take a break for a while...makan..sambung kirje..ingat kat Faheem..apa dia tgh buat skrng ni..miss u Faheem!!
Faheem dimana??!!will update later...
No comments:
Post a Comment