Tuesday, April 12, 2011

errkkk....

AKU MUNTAH KAT LONGKANG TEPI LAB..SEKIAN!!!



p/s muntahan pertama!!

Monday, February 14, 2011

FedEx Express terbaekkk!!



Baru dapt panggilan sebenar 'itu'....Hati isteri sangat bahagia!!

En suami pasti terkejut terima 'kejutan' dari "FedEx Express" malam tadi ke office beliau...muchas gracias menghantar 'kejutan' mengikut perancangan!!



sebelum cik DAISYPATH sebelah kanan ni bertukar menjadi...


"We have been married for 1 year and 1 day"


.
.
.
.
.
.

nak bisik sket....



"SAYA SAYANG SUAMI SAYA SGT2....SEKIAN!!!!"



p/s nak terbang ke angkasa!!


Saturday, February 12, 2011

365 hari

365 hari...

setahun sudah ikatan janji..
aku sah bergelar isteri..
isteri kepada suami,Mohd Fikri..

365 hari...

maafkan ku jika aku banyak menyinggung perasaanmu..
maafkan ku jika aku terlebih egoku..
maafkan di atas segala kekuranganku..
maafkan ku jika masakan ku selama ini terlebih pedas pada tekakmu..
maafkan ku jika air teh yg ku bancuh slama ni terlalu manis buat lidahmu..
maafkan ku jika baju yang ku gosok tidak selicin seperti yang kau mahu..
maafkan ku jika lipatan bajuku senget benget tidak sekemas mu..
maafkan ku jika aku selalu menggangu tidurmu mengurut sakit blakangku..
maafkan ku jika aku kadang kala terlebih mementingkan keluargaku..


365 hari..

Hanya 200 hari kita bersama..
Selebihnya aku jauh dari sisimu..
Aku keseorangan disini..
Kau seorangan disana..
Bagaimana hendaknya makan dan pakaimu..
Maafkan ku selama itu jika aku gagal menjaga amanahmu..


365 hari INI!!!

maafkan ku jika panggilan dari jauhku menggangu tidurmu..
maafkan ku sekali lagi...jika aku xdpt dengar bait2 kata2mu..
mungkin jarak yang sgt jauh menggangu perbualan kita..
aku tidak dapat merasakan panggilan luar biasa 'itu'..
maafkan ku suamiku..




selamat ulangtahun sayang!!!

sejujurnya aku amat bersyukur pada Tuhan kerana kau dikurniakan hanya untukku!!

Friday, February 11, 2011

thesis blog...

hehehe..

tadi encik husband kol..

tanya buat apa...

"ni tgh busy writing thesis ni....thesis BLOG....."

muahahahaha....




p/s ngantuk dah...tido dulu..rindu sgt dah kat encik tersebot..zasssssssss...

[MADRID]Ragam di Metro

Aku nak berkongsi...

Dengn berbekalkan 2 pasang mate ini..
375 power sebelah kanan..325 sebelah kiri...(xla banyak mana pun..huhu)

Aku ingin membuat konklusi...

Ragam orang2 sepanyol di dlm METRO ini...!!




metro...station bawah tanah bgi mereka2 yng tidak tau.huhu.Dgr kata Malaysia nak proposed buat station metro gak?betul ke?



tiada kene mengena dgn pakcik perot buncit ini ye!!



Secara jujurnya,ingin aku katakan bahawa transportation system dekat Europe ni mmg sgt2 terbaik!!Bukan ingin merendah2 kan negara sendiri.Tapi memang ternyata dan aku sendiri merasainya baik di Spain mahupun di German.Aku sangat tabik pada sistem pengangkutan mereka yang amat2 memudahkan. Aku rasa sistem kita di Malaysia memang banyak yang perlu diperbaiki.

Kenapa aku berkata sedemikian??



Timing

Berdasarkan prinsip MASA itu EMAS..
Boleh dikatakan paling lama aku tunggu metro adalah selama 9 minit.Tapi itu pun jarang2 berlaku.Setiap 3 minit gerabak metro akan lalu di setiap station.3 MINIT ok!!Bukan 30 MINIT cam aku tunggu kat komuter serdang!!


Station yng sgt banyak

Kalau exit je dari one station,jalan sket dlm 300 metre dah ade next station!!Mesti xpercaya kan!!Ya,saya tidak tipu..seperti saya tipu dlm entry "Aku Tipu dan Kabus" hari 2...muahahahaha.Memang sgt banyak station metro.Aku cube mambayangkan kalau la ada setiap 300 metre station metro dari turun je umah aku kat bangi 2 smpai la kat UPM..Fuhhh..jimat duit minyak kete MyVI aku sebulan..alangkah bagusnya....


salah satu station metro kat area rumah aku..turun je apartment jalan sket dah nampak metro..=)



Monthly or daily metro card

Kad ini sgt penting untuk sesiapa ingin menggunakan perkhidmatan metro ye.Sama je la ngan sistem kat komuter Malaysia kita.Tapi yang bestnya, sampai je destinasi yang dituju,xpayah dah nak swap2 card..just kua je kat penghadang 2..Mungkin korang cakap.."cam 2 senang la org nak kua masuk sesuka hati, xyah baya kad pun xpe..".Ok, kat sini mungkin sekali dua ko akan terlepas..tapi kali ke-3 mmg ko xkan bley lepas la.Sebabnya pak guard yang badan besar2 sentiasa memerhatikan gerak geri korang.Di setiap penjuru pasti ada guard yg akan check setiap kali kluar dan masuk.Siap check passport n ic lagi.Penah aku nampak, ada satu mamat ni konon2 bajet macho la main masuk xikut rules.Sampai kat gate..hambek ko.muke pucat lesi...



ni la entry and exit gate!!berani ke nak men masuk free2 je!!


nak show off sket monthly metro card aku..hehehe
tadaaa....


kad die kecik je...kalau hilang mencanak nak buat semula kad ni..Harga 47,60 Euro sebulan..kalau convert duit mesia dlm RM200..mahal kan!!Tapi berbaloi..sekali swap je bley pgi kat SEMUA station!!!



Hiburan



Dalam Metro mmg ko xkan rasa bosan.Sebab kadang2 ada je cam orang2 yg seperti gambar di atas akan menghiburkan. Artis jalanan la katakan.Diorang ni ada yang part time, ada yang full time. Ini salah satu cara diorang peroleh pendapatan.Kira cam minta sedekah la.Tapi cara diorang melalui ni la.Bukan senang2 je nak minta duit dari org ramai. N kat sini org akan senyap je bila diorang mula beraksi.Aku dapt bayangkan la, kalau kat Mesia buat macam ni..mau kene tengking maki hamun segala.Nak2 golongan muda mudi.Here,they were always appreciated something given..not just memperlekeh2 kan seseorang..

Lupa nak cakap, majority diorang ni setiap org pasti ada headphone kat telinga.Dah cakap tadi..mereka memang gemarkan hiburan!!



Escalator


Ok..Naek escalator ni..Kalau hagak nak berborak2 ngn kawan2, gosip2 segala sila anjakkan diri ke sebelah kanan.Sebab sebelah kiri khas untuk orang2 yang slalu kelam kabut lambat masuk lab macam aku ni.Dalam erti kata lain,sblah kanan untuk org static, yang memang menggunakan fungsi escalator semata2 manakala sebelah kiri untuk orang yg sangat active pergerakannya!!!



Orang sepanyol suka membaca!!!

Ok.Melalui pemehatian aku selama 5 bulan ni, memang xdinafikan orng2 Spain mmg amat gemar membaca.Xkira la megazine ke,novel ke, el pais @ newspaper dan sebagainya. Semua peringkat umur, xkira tua atau muda.Xsalah aku katekan, dalm 30 orang, hampir separuh akan ada bahan bacaan masing2.Ada yang canggih lagi..baca guna e-book.Xpercaya?Cuba tgk gambar kat bawah ni..Ni gamba aku curi2 tangkap..konon buat2 tgh tgk gamba padahal aku snap gamba diorang..hehehe



Mengikut pemerhatian aku lagi, selalunya yang muda or pertengahan umur slalu baca novel or el pais.Tapi golongan tua slalu main soduku atau crossword.



Hmm...kenapa ngan gamba di bawah ni pula yer?!!



Aku terkesima jap ngan bekas yang diorang bawak 2.Yang kale coklat.Itu sebanrnya bekas makanan.Diorang selalunya akan bawak bekal pergi kerja atau pun ke univ. Proper je aku tgk pakai bekas cam 2.Diorang xde pun bawak dlm bekas plastik cam aku bawak bekal nasi goreng kosong letak dlm plastik 'bodo2' maksud aku macam letak dlm plastik carefour letak barang dpur bawang segala.Kan tak semenggah namanya 2.Tapi skang aku dah canggih sket dah.Dah pakai beg yg organic 2..cantik sket..muahahaha..






ok la..ni je yang aku ingat buat masa ni...




[NOTA TAMBAHAN]

Sekali pekerja2 metro mogok..memang lumpuh ekonomi SPAIN.Sebabnya mereka memang bergantung harap sepnuhnya pada METRO..sekian!!


.
.
.
.
.
.
.
.





alamak...adehhh...adakah aku golongan org tua2 tersebot yg gemar maen crossword!!!tettt.........





p/s Prof aku xpakai kereta ye..Metro sahaja pengangkutan utama beliau...!!!





Wednesday, February 9, 2011

[MADRID]bajingan!!

Bajingan betol!!

ba-jing-an =BAnyak anJING. Yng tang AN 2..saje je letak..kasi sedap sket bunyik...!!


Ok..memang xdinafikan la..kat sini mmg banyak gler anjing.Dari yang kecik, besar, sederhana besar,gemok,kurus,lonjong, bulat, mcm ala2 hush puppies, yang badan panjang kaki pendek, yg kaki panjang badan pendek, yg berbulu, yang xberbulu,yang bulu kat badan tang kaki xde bulu, yang tang kaki je ade bulu badan xde bulu, yg bulu tompok2, yang kale itam,putih,cekelat,kuning..biru merah ijau xnampak plak aku kat sini setakat ni..yang berbaju siap snow cap segala, yang xberbaju dah bese le tgk...macam2 species la anjingan kat sini...


Ada sumber mengatakan, rupe paras anjing tersebut melambangkan keperibadian tuannya.Misal kate la anjing tu muke garang n cam bodo2 alang, maka tuan dia pun garang n cam bodo2 alang la.Kalau muke anjing 2 hodoh, tuannya pun mungkin hodoh.Kalau anjing 2 mcm cute2 je, mungkin tuan die cute...Tapi kadang2 aku xpercaya gak sumber berkenaan, sebabnye ade ari 2 aku tgk muke anjing ni garang gile,dgn badan besarnye...tapi tgk tuan die gay la pulak...hehehe..


Yang bagus nye kat spain ni,diorang sentiasa pakaikan tali kat anjing 2..so xla anjingan tersebot meroyan2 mengganggu ketenteraman umum.Tapi jangan la pergi ke parque @ park..sebab mereka akan memberikan kebebasan menyeluruh kepada anjingan mereka membuat apa yg anjingan tersebot nak buat..sebab kat parque la anjing2 sedemikian akan meroyan membuat free style masing2...time 2 harus la aku mengeluarkan segala surah2 yang ada untuk mengelakkan diri dari diganggu oleh makhluk2 yg bernama anjingan ini...


Lagi satu mmg tabik spring la kat org2 spain ni sebabnya, diorang akan sentiasa bekalkan plastik itam yg kecil disangkutkan kat penghujung tali di genggaman diorang untuk mengutip najis anjingan tersebot pabila anjingan mereka ingin melepaskan hajat....bajet pembersih la konon....wekkk


Ok..kat bawah ni ada la sekeping dua sempat aku tangkap gamba anjingan2 kat sekitar madrid ni..itupun tangkap time aku ingat..n kat sini nak tangkap gamba ke ape mmg strict sket..kene mintak permission la segala..xkuase la aku!!




setakat anjingan kecik cam ni dah biase tgk dah...



.
.
.
.
.



ni pulak dah mcm serigala aku tgk....dpt snap dri blakang je...maklum la gelep nk nangkap gambo depan2!!

.
.
.
.
.
.



tapi.......................


.
.
.
.
.
.

yang cam gini.........??!!!erkkkk....



apakah?!!!sumpah aku xpenah tgk anjingan sebegini ghupe...tinggi dah paras2 pinggang dah!!ni kalau jln kat pasar embajadores dgn bersesak2 ngn org ramai...sure menjerit xhengat klau anjing sebegini lalu kat sebelah aku!!!



tgk pakcik 2 org 2 pun tgh bercerita2 pasal anjing tersebot...(hagaknye la...hehehe)





p/s jangan kate anjing, kucing pun aku dah menggelupor!!!sekian.....



Monday, February 7, 2011

[MADRID]Aku dan mapley..

Aku dan Mapley...
macam menarik je title entry ni kan??

Hahaha..Mapley kalau kat penang diorang bahasakan sbg teman lelaki..kalau kan indon omongnya seperti pacar..kalau kat selangor/KL???Ape agaknye?Makhluk2 yang akal pendek je xtau maksud mapley 2 hape...hahaha..

MAPLEY..ikut bahasa science direct aku..(wahh xbley blah)..sebuah kedai biase2 yang menghidangkan roti canai,kari kamb kasi banjir itu dalam and teh tarik kaw2 kasi buih atas itu taruk...(slang mapley kat UPM aku ikut..hehe)

Perghhh...5 bulan der kat sini xmakan mapley!!!cube ko bayangkan..!!Aku ni boleh la dikategorikan sebagai pencinta kuasa seploh roti canai teh tarik ni..Dah nak akhir2 ni aku asyik ingatkan beliau je..hmmm maksud aku bukan mapley..akan tetapi si roti canai teh tarik itu!!!

Ingat lagi time aku dok kolej, en suami yang dahulunya 'mapley' a.k.a boyfriend slalu la menjemput aku pagi2 weekend, time xpulang ke rumah yg sekangkang kera itu makan breakfast kat mapley UPM or bangi..Sanggup kot pagi2 ahad yang hening time sume housemate dok sebok membuta,aku bley plak layan roti canai segala..

Fuh..aku taip2 ni..series terliur dowh..balik ni turun2 je airport aku nak trus ajak en suami ke mapley atas bukit kat bangi 2!!!

Ok..ape yg hebat sngt mapley kat MADRID ni??!!Ingat ye istilah bahasa science direct aku tadi..mapley @ kedai mamak BUKAN boyfriend or pacar2..sy sudah ada en suami sendiri ye!!!hehehe

MADRID..ade mapley ke??!!!FEHHHHHH...jgn harap nak tgk kedai mapley kat bumi madrid, bumi asing ni...org india pun aku xpenah tengok kat sini.melayu sejati apatah lagi kan..ader la sekali dua mungkin aku xperasan..bangla jual cili api kat Lavapies 2 ade la!!



ok..ni la mapley yg aku maksudkan...presenting MAPLEY MADRID...Valor...syurga chocolate yang berconcentrated tinggi a.k.a PUREEEEEEE punye!!!



view dalam..apa yang menarik kat Valor ni..diorang xda served alcohol and babi gantung!!!mmg priority for chocolate...itu yang aku xpikir 4-5 kali 2!!



view luar...macam ala2 kedai mamak je kan..tapi tukar org europe!!



tgk coklat ni..amacam?terliur x?Ni la santapan aku kat sini..churros yang cam cakoi and cicah ngan coklat....fuhhhhhhhhhhh!!Kira macam churros 2 ala2 roti canai..coklat dlm cawan 2 cam ala2 teh tarik la brader......


harga??!!mmg korang xkan percaya harga dia kalau aku cakap...

churros 1,70Euro (4 keping)
chocolatey 2,60Euro (1 cawan kecil)
Total 4,30Euro.....

amacam??sile jgn convert pada RM ringgit.Sebab bile ko dah sampai europe,nak convert RM mmg la mahal ( 1Euro = RM4).

So, 4,30Euro for highly concentrated chocolatey and churros!!!berbaloi2 kan!!!mmg sgt murah!!!



first time nak rase chocblended dia...Fuhhhhhhhh...tebaek..ni mahal sket la..dlm 6euro!!!



en suami pun aku angkut g mapley tersebot...layan churros a.k.a cakoi cicah chocolatey..



xcukop ngn en suami..biras aku yang turun dari barca pun aku angkut pi rase choc ni..diorang pun cakap mmg terbaekkkkkkk!!!smpai balik barca teringat2 kat choc die..




p/s cam nak buat bisnes ni je balik mesia..tapi xkene plak ngn weather..sini sejuk2 mmg terbaek la layan hot choc n churros!!